My Blog List



Thursday, January 6, 2011

Aduh, bulu kucing!


Rumah aku memang tak bela kucing. Pantang kucing masuk rumah sikit ja, 4 sure kene halau. Tapi, semestinya kitorang halau dengan cara yang baik...Sejak kecik lagi family aku tak benarkan kucing masuk rumah. Mula-mula aku pelik gak, kenapa kucing tak dibenarkan masuk, member aku siap bawak p tidoq sama lagi. Hmm aku ni memang malas nak tanya mak ayah bab-bab ringan ni..jadi aku wat je kesimpulan sendiri. Kucing ni memang suke buang najis merata-rata, walaupun kucing tu dah lama duduk kat rumah tu, tetap gak satu hari ia akan laksanakan hasratnya kat mana saja yang ia rase selesa. 

Tapi, baru-baru ini, aku dapat tahu ada lagi satu sebab yang aku sendiri tak pernah terfikir. Jeng!Jeng!Jeng! Sembahyang tak sah kalau pakaian terkena bulu kucing. Aduh! Memang payah bile kite fikirkan. Sudah pasti kalau ternampak je kucing lalu terutamanya kucing yang comel-comel, gebu..mesti kite nak belai betul tak? Letak atas paha, dukung macam bayi..Namun, hukum tetap hukum. Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuhnya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuhnya, sama ada semasa hidup atau selepas mati. Namun, manurut mazhab Hanafi dan Maliki, ia adalah suci. 

Namun, janganlah susah hati sangat, sebab kalau setakat sehelai dua bulu kucing tu sembahyang kira sah lagi. Melainkan bulu anjing atau khinzir kerana ia tetap najis walaupun sedikit. Justeru, kebersihan pakaian, tempat solat dan tubuh badan haruslah dijaga sebaiknya. Sekiranya sebelum  menunaikan solat pernah belai kucing atau berada ditempat tempat yang sememangnya diduduki kucing  perhatikanlah pakaian masing-masing sebaiknya. Periksa pakaian elok-elok sama ada terdapat bulu kucing atau tidak.



No comments:

Post a Comment