Assalamualaikum dan salam istiqamah buat teman
Hidup di tempat orang sememangnya amat berbeza dari tempat asal kita sendiri. Macam aku ni, sering berpindah sejak kecik lagi, memandangkan ayah aku perlu berpindah kalau x xdak la duit masyuk...
Dilahirkan di Sibu, membesar di Sarikei 9 tahun, sambung darjah 2 di Miri..dok 5 tahun kat sana..da sedap2 kat Miri, pindah pulak pegi Kota Kinabalu. Hari pertama kat sekolah la yang nak aku cerita ni. Hari pertama kat sekolah..masa tu aku baru ja darjah 5, bulan Mac..aku ingat lagi masa tu, sememangnya hari pertama yang amat ganjil bagi ku. Memang susah nak sesuaikan diri. Ye la, maklumla...bahasa dah la lain, mmg susah la nak faham. Sebelum cakap mmg kena susun ayat apa nak cakap. Macam pelajar yang baru masuk seperti biasa, aku kena introduce la kan diri kat depan. Tepat2 masa tu kelas english..so automatically aku introuce la diri dalam bi..ehem..my name is ..... haha punya la aku nebes..tapi nasib baik diorg semua ok...macam quote yg selalu org Sabah ckp 'Boleh ba kalau kau"..aku sebelum ni kat sekolah asal bising nak mampus..tapi masuk ja kelas ni, tiba2 aku jadi budak baik. Senyapp ja dalam kelas. Ini jelas menunjukkan betapa perpindahan sekolah ini membuktikan boleh merubah personaliti seseorg termasukla diriku ini. Dok kat K.K x lama..5 tahun ja...den ayah aku di arahkan berpindah ke Kuching pulak.
Haa kat Kuching ni la perpindahan paling mencabar buat aku. Kalau sebelum ni senang je aku nak adapt. Tapi....kat Kuching ni, aku kena ambik masa setahun baru blh masuk kepala. Ye la cuba korg bayangkan, aku da la transfer masa Form 4, mesti la budak2 kelas masa tu da ada geng2 masing...kump ni kump study, kump ni kump banyak ckp, kump ni pulak kump yang suka aktif dlm aktviti sek. Mula2, mmg pening giler la nak pilih. Aku nak masuk kump mana ni...last2 aku rapat la dengan kump yang paling stabil dalam kelas tu, suka baca komik, study pun ok, suka tgk citer korea, n mmg masuk la dgn aku. Tapi, kelas ni walaupun bnyk klik2 diorg, diorg ttp satu kepala. Xde gaduh2 nye...kelas num Satu la katakan...hehe
Memandangkan da banyak sgt family aku pindah...mmg sbb tu la kot, aku nak smbg Matrik kat Negeri Sembilan...aku x pilih Matrik Labuan, hehe ada la sbb2 tertentu. Lepas setahun kat N.9...aku smbung pulak kat UPSI..
Kat UPSI ni la aku mmg menghadapi mcm2 tekanan sebagai orang perantauan..kalau dulu kat matrik..aku selalu gak balik...tiket free la katakan (kerajaan bagi kat ayah aku hehe)...tapi kat UPSI aku jarang sgt balik. Balik bila cuti hujung sem ja. Sbb cuti tu la cuti pnjg. Kalau setakat cuti 1 minggu bazir duit jerr. Tapi Raya Aidilfitri wajib balik kot haha.
So sekarang aku da nak masuk sem 4...sem 3 ni aku jadi rakan exco kolej kediaman Kolej Aminuddin Baki...saja nak tambah ilmu skit..jadi rakan exco ni, mcm ajk kecik kolej. Tapi tu nanti cerita..sekarang aku nak crta sal kes aku x balik ni. huuu memang sedih...sem 3 ni, kalendar akademik UPSI ubah skit, masa study week dipjgkn ke 3 week termasukla week Raya Haji...Jadi, demi study ku aku decide x balik laa takut x dpt stdy kat uma..walaupun aku sedar kalau aku x balik masa study week, aku xkan balik g sampai la cuti sem depan nya pulak..koz, mcm yg da aku ckp tadi, aku jadi rkn exco...so aku kena la join program masa cuti hujung sem 3..uish bikin panas betul..tapi aku x menyesal..dari sini la kita belajar kan..
Cuti hujung sem 3 hanya ada 4 minggu, program yg aku kena join minggu ke 3 cuti...jadi ada selang 2 minggu sebelum program selepas final exam...nak x nak terpaksela aku menebalkan muka tumpang sekejap kat uma kwn kat Kelantan...waa tu la 1st tyme aku g Kelantan...naik bas 9 jam! fuh..lama kot...tapi, aku mmg salute la kat negeri Cik Siti Wan Kembang tu, kat tepi2 jln aku nampak ayat suci al-Quran..sejuk..ja mata memandang. Family kwn aku ni mmg best..diorg mmg supporting giler a..tmbg balik ke UPSI pun diorg belanje..huu segan nak mampos dibuatnye...aku da cube nak byr sndiri..tapi diorrg ttp bertegas nak bayrkn jugak...huaaa dengan itu aku hanya mampu berdoa semoga family kwn aku ni sentiasa dimurahkan rezeki. Seminggu je aku dok uma kwn aku tu, kena balik UPSI semula..kan nak join program kan....haa bab program ni nanti aku cerita.
Overall, baru sekarang aku merasa yang teramat betapa susah nya hidup berjauhan dengan keluarga. Tyme cuti org lain senang je balik uma. ye la diorg dekat kan. Apapun, aku mmg dpt apa yang aku nak itu yang penting. Hidup di tempat orang memang mmbri aku pglmn yg pelbagai..jumpa dgn org dari negeri lain. Blaja pelbagai bahasa..sememangnya Islam menggalakkan umatnya berhijrah dan berjihad dalam menuntut ilmu. Jadi, kalau la ditakdirkan untuk berjauhan dengan family jgn la rasa gusar dan takut kerana Allah sentiasa bersama kita. Hanya kepadaNya lah kita mengadu.
